Sunday 28 September 2014

salam ukhuwah.....

Entry kali ini saya ingin berkongsi sesuatu yang mana akan menyedarkan anda yang sangat suka bersedih serta bermuram tu...... k

Dalam kehidupan ini, memang kita tidak dapat lari dari rasa sedih tatkala ditimpa musibah dan sebagainya. Namun,sedarlah wahai saudaraku sekalian bahawa..ada lagi insan yang ditimpa musibah yang jauh lebih berat dari kita....maka,,

Usah Bersedih....
Andai kata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yang mempunyai talian kekeluargaan dengan kamu,usah bersedih.. ingatlah peristiwa di mana Nabi Yusuf yang dikhianati oleh saudara-saudaranya.
Usah Bersedih....
Andai kata kamu buntu dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih... ingatlah kisah Nabi Yunus yang terperangkap dalam perut ikan Nun.
Usah Bersedih...
Andai kata kamu didatangi penyakit dan seluruh anggota badan kamu dilanda kesakitan...ingatlah kisah Nabi Ayub yang ditimpa pelbagai penyakit disamping kehilangan ahli keluarganya.
Usah Bersedih...
Andai kata kamu melihat adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu....ingatlah kisah Nabi Musa yang tidak dapat bertutur dengan baik dan sempurna.
Usah Bersedih...
Andai kata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia disekelilingmu,usah bersedih...ingatlah peristiwa dimana Aisyah ra. di fitnah sehingga satu kota memperkatakannya.
Usah Bersedih...
Andai kata kamu kesunyian dan keseorangan serta tiada yang membantu, usah bersedih,ingatlah peristiwa ketika Nabi Adam dan Hawa yang diturun ke bumi sendirian sebelum mereka bertemu kembali.
dan Usah Bersedih...
Andai kata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara kamu dan orang disekeliling kamu lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat, usah bersedih..ingatlah kisah Nabi Muhammad SAW yang dipulau dan diperangi oleh keluarganya yang terdekat.......

SUBHANALLAH...MASYAALLAH....ALLAHUAKBAR...
Allah SWT mewujudkan personaliti yang hebat2 ini sebelum kita dan mendatangkan mereka dengan ujian yang berat, dengn tujuan apabila kita ditimpa musibah, kita tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"
walau bagaimana bentuk ujian sekalipun yang hadir dalam hidup kita, ketahuilah bahawa kita mampu menghadapinya dan Allah SWT juga ada berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud : "Allah SWT tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya". maka, ketahuilah dan sedarlah bahawa setiap ujian dan musibah yang menimpa, kita mampu menghadapinya.....
 
 

No comments:

Post a Comment